Tuesday, October 21, 2008

Antara aktiviti Puteri Ampang sepanjang tahun 2007/2008

Menghadiri Simulasi Pilihanraya anjuran UMNO Negeri Selangor dari 6 hingga 8 Julai 2007 bertempat di Institut Budaya Baru Melayu (IBBM), Kampung Kemensah Hulu Kelang. Menghantar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi IT DUN.

Mengadakan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Ampang Bagi Tahun 2007, pada 15 Julai 2007 jam 2.00 petang bertempat di Ballroom Hotel De-Palma Ampang. Dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Kijo, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ampang.

Menganjurkan Program Jom Baca bersama Kanak-Kanak Tadika KEMAS dan Penduduk Setempat anjuran Puteri UMNO Bahagian Ampang pada 4 Ogos 2007 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang. Dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Kijo, ADUN Kawasan Lembah Jaya. Dengan kerjasama KEMAS dan Karangkraf.

Menganjurkan Program Aspirasi Kerjaya anjuran Puteri UMNO Bahagian Ampang pada 18 Ogos 2007 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali. Dirasmikan oleh YB Tuan Azman bin Wahid, ADUN Kawasan Bukit Antarabangsa. Peserta terdiri daripada Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 & 5 dari sekolah-sekolah di dalam kawasan DUN Bukit Antarabangsa. Dengan kerjasama SPNN, Majalah Fokus SPM, dan UiTM.

Mengadakan Pertandingan Bowling Srikandi Ampang pada 2 September 2007 jam 8.30 pagi bertempat di Ampang SuperBowl. Ampang Point. Dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Kijo, ADUN Kawasan Lembah Jaya merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ampang. Turut terlibat dalam program tersebut ialah Ketua-Ketua dan Ahli-Ahli Puteri Cawangan.

Menghadiri Kursus Smart System anjuran Puteri UMNO Negeri Selangor pada 21 hingga 23 September 2007 bertempat di 3K, Komplek Sukan, Subang Jaya. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi IT menyertai kursus tersebut.

Bersama menjayakan Majlis Berbuka Puasa dan Memberi Sumbangan kepada Warga Emas, Ibu Tunggal, Anak-Anak Yatim anjuran bersama JKB dan JKP Zon 5 pada 7 Oktober 2007 jam 6.00 petang bertempat di Dewan Cempaka Kelab Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak.

Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Puteri UMNO Malaysia pada 30 Oktober 2007 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir Ketua-Ketua Puteri Cawangan.

Menghadiri Perhimpunan Agong UMNO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bagi Tahun 2007 pada 6 November 2007 8.00 pagi bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bersama menjayakan Majlis Rumah Terbuka DUN Lembah Jaya pada 6 November 2007 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali, Ampang. Turut hadir Ketua-Ketua dan Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan.

Menghadiri Perhimpunan Agong UMNO Malaysia bagi Tahun 2007 pada 7 hingga 9 November 2007 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagang Dunia Putra (PWTC).

Bersama menjayakan Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Ampang pada 10 November 2007 jam 8.00 malam bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana. Tetamu terhormat YAB Dato’ Seri Menteri Besar Selangor. Turut hadir Ketua-Ketua dan Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan.

Menghadiri Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa pada 15 Disember 2007 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir Ketua-Ketua Puteri Cawangan.

Mengikut Wakil Bahagian Menjadi Pemerhati dan Melawat Bilik Gerakan UMNO Bahagian Hulu Selangor pada 1 Januari 2008 jam 3.30 petang bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor. Turut hadir Ketua Puteri Bahagian dan Pengerusi IT DUN.

Mengadakan Dry-Run (Pilihanraya Olok-Olok) pada 5 Januari 2008 dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Dewan Taman Sri Ampang bagi DUN Lembah Jaya dan Dewan Kampung Melayu Ampang bagi DUN Bukit Antarabangsa. Turut terlibat Pengerusi, Timbalan Pengerusi IT dan semua Petugas IT Puteri Cawangan.

Menghadiri Majlis Pelancaran Jenteri Pilihanraya Pergerkan Pemuda, Wanita dan Puteri Peringkat Negeri Selangor dan Majlis Penyerahan Komputer kepada Pengerusi IT Puteri bagi Parlimen dan DUN pada 20 Januari 2008 jam 2.00 petang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Seksyen 7, Shah Alam. Seramai 40 orang petugas IT Puteri hadir ke majlis tersebut.

Menghadiri Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa oleh YAB Dato’ Seri Perdana Menteri Malaysia pada 22 Januari 2008 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir ketua-Ketua Puteri Cawangan.

Menghadiri Kursus Pengendalian Komputer Smart System anjuran Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor pada 26 Januari 2008 jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 7, Bangunan UMNO Negeri Selangor. Seramai 40 orang Pengerusi dan Petugas IT Puteri Cawangan menyertai kursus tersbut.

Mennyertai Majlis Pesta Pongal anjuran MIC Bahagian Ampang pada 27 Januari 2008 jam 9.30 pagi bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (T), Ampang. Ketua-Ketua Puteri Cawangan turut serta dalam majlis tersebut.

Mengadakan Kursus Pengendalian Komputer Smart System bagi Petugas-Petugas IT Puteri dan Puteri Parti-Parti Komponen BN. (Sesi Kedua / Ketiga) pada 2 Februari 2008 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Wanita, Kampung Melayu Ampang. Seramai 120 orang peserta dan Petugas IT Puteri turut serta dalam kursus ini.

Menghadiri Majlis Penamaan Calon bagi Pilihanraya Umum ke 12 yang mana calon-calonnya ialah YBhg. Tuan Azman bin Wahid (Parlimen Ampang), YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Kijo ( DUN Lembah Jaya) dan YBhg. Cik Haslinda binti Mohd Zerain (DUN Bukit Antarabangsa) pada 24 Februari 2008 jam 7.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali. Turut hadir semua Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan.

Mengadakan taklimat terakhir kepada Petugas-Petugas IT Puteri DUN Bukit Antarabangsa bagi Pilihanraya Umum ke 12 pada 5 Mac 2008 jam 9.00 malam bertempat di Bilik Gerakan Sri Tanjung. Turut hadir Pengerusi IT DUN dan Petugas-Petugas.

Mengadakan Taklimat Terakhir kepada Petugas-Petugas IT Puteri DUN Lembah Jaya bagi Pilihanraya Umum ke 12 pada 6 Mac 2008 jam 9.00 malam bertempat di Bilik Gerakan Taman Seri Watan. Turut hadir Pengerusi IT DUN dan Petugas-Petugas.

Hari Mengundi bagi Pilihanraya Umum ke 12 bagi kawasan Parlimen Ampang, DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Lembah Jaya pada 8 Mac 2008 jam 7.30 pagi.

Menghadiri Taklimat dan Dialog anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor pada 6 April 2008 jam 2.30 petang. Tetamu terhomat YAB Dato’ Seri, Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Seramai 10 orang wakil Puteri UMNO Bahagian hadir ke program tersebut.

Mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang pada 6 April 2008 jam 3.00 petang bertempat di Dewan UMNO Ampang Jaya, Jalan 4M, Ampang Jaya. Turut hadir Semua Ketua-Ketua Puteri Cawangan dan Petugas-Petugas IT Puteri yang bertugas semasa Pilihanraya Umum Ke 12.

Mengadakan Perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan Kampung Melayu Ampang bersama Ketua Puteri Bahagian pada 21 April 2008 jam 8.30 malam bertempat di rumah Ketua Puteri Cawangan. Turut hadir Ketua Puteri Bahagian dan Puteri Cawangan.

Mengadakan Perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan Kampung Tasek Tambahan bersama Ketua Puteri Bahagian pada 25 April 2008 jam 9.00 malam bertempat di Rumah Ketua Puteri Cawangan. Turut hadir Ketua Puteri Bahagian dan Puteri Cawangan.

Menghadiri dan bertugas sebagai urusetia bagi Program Selingkar Kasih anjuran MPWK Parlimen Ampang pada 29 Jun 2008 jam 8.00 pagi bertempat di Padang Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ampang. Turut hadir Ketua-Ketua Puteri Cawangan.

Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan bagi Tahun 2008 bermula dari 17 Julai hingga 24 Ogos 2008.

No comments: