SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak akan menemui semua menteri Jumaat ini bagi melihat sejauh mana prestasi kementerian masing-masing mengikut Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia selaras dengan komitmen Perdana Menteri yang tegas untuk mengubah kualiti hidup rakyat negara ini dengan meningkatkan keberkesanan kerajaan sejak memegang jawatan itu April lalu.
"Kita tak boleh main-main, kena serius. Saya percaya kita nak membuktikan walau apa pun keadaannya, Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti lebih berwibawa, berkemampuan untuk menyelesaikan dan membantu membela nasib rakyat.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti pembangkang, sudah agak macam berkecamuk. Sebab itu ada wakil rakyat sudah meninggalkan parti mereka, tidak masuk Umno tetapi sokong Umno, Badrul (Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah).
"Saya dengar ramai lagi nak keluar kerana sudah hilang keyakinan kepada pihak parti pembangkang, tidak berkemampuan. Ini bukan saja berlaku di Selangor tetapi juga di negeri lain dan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas serta DAP.
"Pelbagai masalah berbangkit (di kalangan parti pembangkang) yang menunjukkan tidak ada kemungkinan mereka boleh mentadbir sesebuah negeri sebaik BN," katanya ketika menghadiri Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Warga Emas, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Penyelaras Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang juga Ketua Umno Bahagian Shah Alam dan pemimpin tempatan dari Umno, MCA dan MIC.
Muhyiddin berkata, BN sudah berada di landasan yang jauh lebih baik berbanding setahun lalu kerana sudah ada harapan baru dan keyakinan untuk terus disemarakkan pada masa akan datang.
Sehubungan itu, beliau mengajak pemimpin turun ke bawah dan jelapang, bermesra dengan rakyat sekerap mungkin, selesaikan masalah mereka sebaik mungkin, setidak-tidaknya masih ada upaya di kalangan pimpinan tempatan kerana BN masih menguasai peringkat Pusat.
"Dengan sokongan pimpinan Pusat, kita akan membantu memperkukuhkan parti kita di peringkat negeri walaupun tidak menguasai kerajaan di peringkat negeri.
"Saya yakin komitmen pimpinan parti di peringkat negeri adalah jelas dan sasaran kita tidak lain tidak bukan untuk pastikan kita dapat menebus semula negeri kita, kembalikan kuasa politik kepada BN supaya kita dapat terus membela nasib rakyat," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap hari ada langkah baru yang hendak dipelopori pemimpin negara untuk membela nasib segenap lapisan masyarakat.
Justeru, katanya, adalah penting bagi barisan kepemimpinan BN dari peringkat atas hingga akar umbi bersama terbabit mempercepatkan proses perubahan.
Selamat bersidang kepada para perwakilan sekalian.
Semoga perhimpunan tahun ini akan berjalan dengan lancar dan perjalanan saudari perwakilan selamat pergi dan pulang.
Semoga kita bersama2 dapat menikmati hari raya dan hari yang mendatang dengan gembira dan hati ikhlas.
Wassalam
Hari ini bersamaan 19 Ramadhan 1430H, masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat menjalankan ibadah Ramadhan. Masih ada 11 hari lagi, untuk kita berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini, InsyaAllah. Kami mendoakan semua umat Islam di Malaysia ini sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sepenunhnya.
Untuk makluman semua, Puteri UMNO Ampang sentiasa memaklumkan aktiviti dan kegiatan kami di dalam 'facebook'. Kami memohon maaf kerana telah lama tidak memberikan info dan berkongsi maklumat di halaman ini.
Sila klik link ke 'facebook' Puteri Ampang untuk lebih banyak album gambar dan maklumat terkini.
Harap maklum.
Sekian. terima kasih sayang.
Kepada Puteri yang berminat untuk bersama pasukan bola jaring Puteri Ampang
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Kak Yati atau Wan Mahani segera.
18HB JULAI 2009
2.00 PETANG
KELAB DARUL EHSAN
Kepada Puteri UMNO Bhg Ampang yang berminat untuk menjadi guru tadika
Kursus selama sebulan (sepenuh masa)
Tarikh: 15hb Julai hingga 15hb Ogos 2009
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Kak Yati 012-2215426 SEGERA. Tempat adalah terhad.
HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.
Pilihanraya Kecil pada 31hb Mei 2009
KUANTAN, 18 April — Konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” bukan sekadar satu slogan sebaliknya merupakan kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata konsep berkenaan adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Bagaimana proses nak sampai kepada matlamat kita, nak sampai pada destinasi, maka tidak lain dan tidak bukan ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.
“Insya-Allah, kalau berpegang pada konsep ini, kita akan menjadi negara maju, kita akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya dalam ucapan pada majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 40,000 orang.
Ini merupakan kepulangan pertama anak kelahiran Kuala Lipis itu ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.
Najib berkata bersandarkan konsep itu, tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum.
Beliau bagaimanapun berkata, untuk menjayakan misi itu, rakyat segenap lapisan perlu mengubah minda supaya tidak terkongkong dengan cara pemikiran lama.
Katanya, 1Malaysia akan berjaya jika rakyat saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing.
Najib turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengubah minda supaya tidak hanya mementingkan jawatan dan kuasa sebaliknya peka dengan persekitaran dan pemikiran rakyat pada masa ini. “Jangan kita ralit dengan proses dalam parti kita, jangan kita utamakan hanya hendak jawatan, kempen beria-ia siang malam, tapi masa pilihan raya K.O,” katanya.
Perdana Menteri berkata BN perlu bangkit untuk menunjukkan kemampuan sebenar sebelum diadili oleh suara rakyat pada pilihan raya akan datang.
TERDAPAT ramai di kalangan rakan penulis, yang masih lagi ragu dan belum berasa tuntas dengan konsep sebenar 'Satu Malaysia' yang diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu.
Sebagai sekumpulan anak muda, spektrum pandangan adalah pelbagai dan rencam, sekali gus banyak bergantung kepada 'proses sosialisasi dan pendidikan' yang diterima sebagai latar belakang pandangan masing-masing.
Penulis sendiri disapa oleh rakan sekolah rendah yang kini berada nun jauh di bumi Amerika Syarikat. Ina (bukan nama sebenar) adalah seorang anak kampung biasa, yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke AS melalui biaya siswa kerajaan.
Keprihatinan Ina berkenaan suasana ekonomi negara pada ketika ini amat melegakan. Jika ramai anak muda, tidak kira di dalam atau luar negara, punya fikrah sedemikian rupa, kita mungkin berada di landasan yang tepat.
Ina cukup teruja dengan konsep 'Satu Malaysia'. Sebagai seorang anak muda yang jauh di perantauan sana, membaca akhbar online sudah cukup memberikannya 'gambaran' yang tidak terlalu positif; sekiranya kita terus-terusan berada dalam arus ekstremisme dan politik dendam. Keprihatinan Ina punya asas yang bukan remeh.
'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga bukannya suatu pernyataan slogan politik yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati kepentingan 'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana sedia ada.
Tidak ada, waima satu bangsa hebat di dunia pun yang mampu mencapai klimaks kehebatan, dengan bangsanya yang terpecah-pecah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampu dinafi. Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.
Hakikatnya, akhir-akhir ini 'cita-cita negara' seakan-akan diganti dengan pengaruh politik persepsi dan penting diri.
Ada kecenderungan untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi total. Ada kecenderungan untuk meruntuhkan segala 'asas binaan sosial' lama - kononnya atas nama politik baru yang lebih adil dan saksama.
'Satu Malaysia' - menilai soal kebersamaan dalam wajah dan acuan yang jujur. Benar, kita mahukan suasana baru yang lebih 'adil' terhadap semua rakyat. Namun, nilai baru ini juga tidak menolak 'asas kemasyarakatan' yang sedia ada ampuh dalam Perlembagaan negara dan amalan berkerajaan selama ini. Hakikat ini jangan ditolak sama sekali.
Justeru, generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrah Satu Malaysia' yang sejujur-jujurnya. Kita perlu banyak meninggalkan syak wasangka. Kita perlu meruntuh faham prejudis yang merosakkan. Kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Kita perlu mempunyai yakin diri bahawa tempat dan langit mereka juga ada di bumi bertuah Malaysia ini.
Yang penting, perasaan ini mestilah bersifat 'timbal balas'. Ia mestilah perasaan yang bersifat reciprocal dan berkait. Fikrah Satu Malaysia tidak akan wujud dengan pemahaman bahawa anda lebih perlu berkorban daripada saya atau sebaliknya. Satu Malaysia - sudah mengangkat parameter baru dalam kita hidup bermasyarakat.
Entah mengapa, filem Talentime, arahan Yasmin Ahmad amat bertepatan dengan cita-cita 'Satu Malaysia' ini. Yasmin mengupas isu kaum dan syak wasangka kemasyarakatan dalam ruang yang bersahaja tetapi mampu memukul emosi dan rasional.
Apakah perlu kita punya pelbagai ruang tanggap dan prejudis terhadap kaum lain? Sampai bila kita perlu punya persepsi yang begini? Apakah tidak ada pendekatan 'langkau politik' yang membolehkan kita hidup sebagai bangsa Malaysia?
Seorang rakan penulis juga, seorang aktivis kesatuan niaga - sama sekali menolak kemungkinan 'Satu Malaysia' itu sebagai 'Malaysian Malaysia'. Penulis bersetuju. Niatnya tidak sama. Hasratnya tidak sama. Cita asalnya juga tidak serupa. Beza antara kedua-duanya bagaikan langit dan bumi.
Malaysian Malaysia mahu menanggalkan terus 'asas binaan kemasyarakatan' yang wujud buat sekian lama. Takrif - keadilan diambil secara membuta tuli dengan menggunakan konsep kesamarataan versi total. Sedangkan, 'Satu Malaysia' lebih mampu mengharmoni cita-cita ini dalam ruang lingkup yang berbeza.
Ironinya, 'nyanyian kesamarataan' ini pun tidak berlaku seperti yang diharapkan dahulu. Waima di atas landasan 'meritokrasi' sekalipun, ada pihak yang dipinggir secara sistematik dan nyata.
Meritokrasi tidak menanggap, tidak menilai dan tidak 'peka' soal ketidakadilan sosial dan marginalisasi. Apakah ini model yang diharapkan
Kita mestilah menjadi kalangan mereka yang ikhlas dan jujur, mengerti dan memahami bahawa perjalanan 'hebat' kita sebagai bangsa Malaysia masih jauh. Perlu banyak pemulihan dan intervensi dasar yang diperlukan bagi memastikan kita menuju ke destinasi kembara yang sama. Sikap saling tidak percaya, cepat berkecil hati dan tidak berjiwa besar mungkin menjadi hambatan nyata kepada 'Satu Malaysia'.
'Satu Malaysia' memerlukan pengamalan politik yang matang dan luar biasa. Matang dalam menilai isu dan suasana. Matang dalam mewujudkan penyesuaian dengan 'faktor semasa' dan tidak meminta-minta di atas garis lama yang semakin kabur.
Kita juga tidak perlu terbuai dengan 'persona kuasa' yang semakin menjadi liabiliti, waima kepada bangsa yang kita sendiri wakili.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' - yang pastinya lebih daripada sebuah pernyataan polisi. Walaupun ia membuka ruang pendefinisian yang tidak habis, hakikatnya ini menjadi perlambangan penting seorang pemimpin yang berhemah dengan keperluan perubahan dan transformasi.
Ya, mungkin Najib meletakkan 'standard' atau piawaian yang amat tinggi kepada jentera kerajaan yang ada; ia juga menjadi amanah kepada rakyat untuk membina parameter 'politik matang' yang sebenar. Politik yang tidak bersandarkan pada dendam kesumat. Politik yang tidak berteraskan kepada 'persepsi'. Politik yang tidak berlandaskan 'faktor sejarah dan nilai akal budi'.
'Satu Malaysia' adalah suatu wacana rakyat yang menuntut pengorbanan semua pihak. Rakyat dan masyarakat umum juga perlu adil dalam membuat penilaian dan tidak terlalu pantas dalam melambakkan semua isu kepada lingkungan penyelesaian kerajaan. 'Satu Malaysia' juga menuntut kita meletakkan setiap individu dalam 'lingkungan capaian' penyelesaian masalah.
Jika asas statistik adalah benar, maka konsep 'Satu Malaysia' sangat menarik kepada golongan muda. Tarikan utamanya adalah kemungkinan mereka mengisi sendiri takrif yang mereka mahu - bersesuaian dengan wajah 'Malaysia' yang mereka mahu lihat, sedasawarsa dari sekarang.
Generasi muda profesional misalnya, sudah terbiasa dengan amalan nilaian berprestasi tinggi. Ini juga ditulis oleh Bruce Tulgan di dalam bukunya Not Everyone Gets a Trophy. Generasi Y dan Z, menjadi tidak karuan tanpa wujudnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas.
Enam bulan akan datang, generasi muda Malaysia mampu 'menilai' para Menteri dengan nyata dan jelas. Ini ruang yang tidak pernah ada - saat segalanya begitu centralized sifatnya.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' - adalah suatu amalan berfikir dan bertindak yang perlu dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia. Penulis tidak fikir, 'Satu Malaysia' sebagai gimik politik yang kosong dan tidak berisi. Hakikatnya, kitalah juga yang perlu mengisi tuntutan dan amanah ini. Jangan melihat kepada orang lain - kerana faham itu perlu wujud dalam benak fikir kita sendiri.
Generasi muda perlu menerima hakikat bahawa pandangan dan pendapat mereka sudah menjadi lebih 'inklusif' dengan Satu Malaysia ini. Kali ini, mereka boleh menjadi rakan kepada pembangunan; dan tidak lagi hanya menjadi pemegang saham jauh yang idealist dan revisionist. Sikap ideal itu perlu diberikan pengertian dalam kerangka - 'Satu Malaysia'.
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memantapkan pelaksanaan program yang memberikan peluang sama rata kepada rakyat khususnya dari segi peruntukan dan bantuan selaras dengan falsafah 'One Malaysia' yang diperkenalkan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, falsafah itu akan diterjemahkan kepada dasar khusus dan program yang memastikan pembahagian lebih adil dari segi bantuan kerajaan dan peruntukan kepada masyarakat.
"Kita akan mengkaji pelbagai masalah yang dihadapi dan ia sepatutnya adil dalam program yang akan dilaksanakan. Dengan falsafah 'One Malaysia', kita akan terjemahkan kepada dasar khusus dan peruntukan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan berjumlah RM80 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi kepada 374 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bantuan Kerajaan di seluruh negara di sini, semalam.
Najib berkata, bantuan kepada SJKT itu adalah antara contoh dimaksudkannya yang berupaya memacu kepada pengagihan bantuan lebih adil kepada seluruh masyarakat.
Mengenai kemungkinan bantuan itu dikaitkan dengan tiga pilihan raya kecil di Kedah, Perak dan Sarawak, Najib berkata, apa juga yang dilakukan kerajaan sering dipersoalkan.
"Ini pemberian bantuan yang sebenar... pengumuman mengenai bantuan ini sudah dilakukan sebelum pilihan raya kecil itu lagi," katanya.
Beliau berkata bantuan itu akan disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang akan bekerjasama dengan pemimpin tempatan untuk meningkatkan taraf SJKT di kawasan masing-masing.
Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan DUN Batang Air, Najib berkata, peluangnya baik tetapi semua jentera perlu bekerja kuat.
"Kita akan lakukan yang terbaik dan kita mempunyai peluang baik (untuk menang). Mereka boleh berkata apa saja tetapi yang penting ialah rakyat perlu berasakan kerajaan mengambil berat mengenai mereka. Ini adalah kerajaan yang mahu bekerja untuk rakyat," katanya.
Najib juga menggariskan dua sikap penting yang perlu ada bagi membentuk perpaduan nasional mengikut falsafah terbabit iaitu saling menghormati dan yakin antara satu sama lain.
"Ini dua ciri amat penting dalam kita menghayati konsep perpaduan nasional iaitu bermula dengan sikap saling menghormati. Apabila kita membentuk sikap itu, bermakna kita sudah mengambil sikap terbuka dalam kepelbagaian dan saling meyakini," katanya.
Bagaimanapun katanya, pembentukan sikap itu tidak boleh dilakukan dalam masa singkat sebaliknya perlu dipupuk secara berterusan dan secara sedar.
Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkata konsep One Malaysia akan dapat mewujudkan rasa bersama antara pelbagai etnik dan komuniti di negara ini.
"Apabila kita rasa ada satu ikatan, ia akan membina Malaysia yang lebih padu, kuat dan berjaya. Konsep itu akan diterjemahkan dalam pelbagai program termasuk pendidikan dan membasmi kemiskinan," katanya.


