Friday, January 30, 2009

Tidak bersetuju dengan cadangan TS Rithauddin untuk memansuhkan sayap PUTERI UMNO untuk membanteras gejala politik wang

Saya dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang tidak bersetuju dengan cadangan TS Rithauddin untuk memansuhkan sayap PUTERI UMNO untuk membanteras gejala politik wang atas alasan yang berikut:

1) Semenjak penubuhan Puteri UMNO, tiada seorang pun ahli pergerakan Puteri UMNO secara keseluruhan telah disabit kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana politik wang.

2) Jika dilihat UMNO tidak mendapat sokongan daripada golongan muda dan professional dan dengan penubuhan PUTERI UMNO, ramai golongan golongan muda menyertai UMNO kerana mereka yakin dengan perjuangan UMNO, oleh itu, dengan pemansuhan pergerakan PUTERI UMNO akan menjauhkan lagi golongan muda dari UMNO yang di anggap tidak lagi relevan oleh sebilangan besar golongan-golongan muda.

3) Kenyataan yang dikeluarkan amatlah mendukacitakan ahli-ahli PUTERI UMNO kerana ianya mematahkan semangat golongan-golongan muda yang ikhlas dalam perjuangan mereka dan sepatutnya golongan yang veteran memberi semangat dan bukan memperkecilkan pengaruh dan kekuatan ahli Pergerakan Puteri UMNO tersebut kerana sejak penubuhan PUTERI, PUTERI UMNO telah memberikan impak yang besar kepada UMNO.

4) Gejala politik wang tidak akan dapat dibanteras dengan hanya memansuhkan sayap-sayap di dalam UMNO, ianya patut dimulakan oleh oleh ahli-ahli UMNO secara keseluruhan kerana masalah politik wang tidak wujud hanya selepas penubuhan Puteri tetapi telah lama menjadi masalah dalam UMNO. Oleh itu, nilai-nilai murni hendaklah diterapkan oleh semiua peringkat lapisan ahli-ahli UMNO itu sendiri terutamanya yang telah lama didalam UMNO.

Di atas sebab-sebab di atas, kami Pergerakan PUTERI UMNO Bahagian Ampang membantah sekeras-kerasnya akan pemansuhan Pergerakan Puteri UMNO.


Salam Perjuangan


Haslinda Mohd Zerain
Ketua PUTERI UMNO Bahagian Ampang
merangkap EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

1 comment:

Anonymous said...

Salam Horas...~

Stakat ni Pu3 memang amat diperlukan dan tetap relevan...~

Apa yang penting adalah pemimpin yg dipilih itu mestilah yang layak menerajui sayap Pu3... Yang buleh membantu memperkuatkan Parti... Dan tidak mementingkan diri...~

Ahli2 Pu3 mestilah kembali berpegang pada 'Matlamat & Ideologi' Parti... Jangan jadi mcm Pemuda ngan Putra tuh... Dah jadi tak relevan dah... Memang patut dibubarkan jek...~

Pu3 juga haruslah mengkaji rentak dan pemikiran orang muda zaman skarang... Supaya dpt menarik minat mereka utk mendekati & menjadi ahli Parti...~

Lagi 1... Ingat neh -----> Pertahankan Agama, Raja2, Bangsa, Negara & antara yang paling penting pertahankan juga 'Tanah Rizab' & 'Aset Strategik Negara'...~

HORASSSSS!!!...~