Saturday, January 24, 2009

"Lembu oh Lembu"

Mengeluh.Hela nafas panjang.Lembu yang dikorbankan.Perlukah peruntukkan untuk pembelaan rakyat dan pembangunan digunakan sewenang-wenang?Masih tidak dapat membezakan amal jariah dan penyelewengan?"Lembu oh Lembu".Adakah ini ketelusan yang dicanang-canang.Yang lagi peliknya,mengapa pula GLC pula yang didakwa membeli lembu berkenaan dan diagihkan?Kalau nak di ikutkan prosedurnya,untuk pengagihan lembu tidak perlu melalui syarikat atau pun korporat?Macam ada udang sebalik batu saja.....

"Lembu oh Lembu".Si polan ini kata melalui borang pejabat negeri yang digunakan bukanlah satu penyelewengan.Lagi kata si polan ni,dia mengaku bahawa penyelewengan ini memang dilakukan.Dah kata penyelewengan,ianya satu kesalahan.Yang menjanggalkan jumlah pembelian lembu itu mencapai ratusan ribu ringgit.Namun kenapa satu tempat sahaja yang diagihkan. Bayangkan harga pasaran lembu sekarang seekor berapa kosnya?Yang cantik dan sihat lembunya boleh capai RM2800 atau ke atas ikut pasaran semasa atau permintaan.

Angka jumlah keseluruhan itu dibahagikan dengan kos seekor lembu tadi.Cuba bayangkan berapa lembu boleh dibeli si polan ini.Tetapi kenapa pula lembu-lembu yang diagihkan sebanyak 46 ekor.Tempat untuk diagihkan cuma satu. Adakah ini lebih kepada rasuah?Tidak hairan Suruhanjaya Rasuah Malaysia sudah melaksanakan penguatkuasaan.Tempat itu tak payahlah nyatakan di sini.Bagi generasi media seperti media massa berbentuk percetakan pasti telah ketahui.

Tepuk dada,tanya selera.

No comments: