Salam
Jemput hadir ke Majlis Pelancaran Jobsmalaysia, karnival pekerjaan dan kerjaya kebangsaan 2008
Oleh Dato' Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia
Di Dewan Tun Razak 2 (TR2), PWTC
Pada 22hb November 2008, Sabtu, Jam 9.30 pagi
HARAP MAKLUM, Terima kasih
MEGA KARNIVAL PEKERJAAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh : 22 - 23 November 2008
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC Kuala Lumpur
Untuk keterangan lanjut, sila layari: http://www.jobsmalaysia.gov.my
JobsMalaysia (sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS) di ELX) adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini adalah percuma.
Objektif sistem ini adalah untuk meningkatkan mobilisasi tenaga kerja negara dan untuk memastikan penggunaan tenaga kerja secara optimum melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik.
Ianya juga adalah sebagai pusat sehenti bagi maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh orang ramai. Sistem ini boleh dicapai samada dari dalam atau luar negara, sasaran pengguna adalah pencari kerja dan para majikan tempatan, pelajar di luar negara dan pelabur-pelabur asing serta syarikat yang berhasrat beroperasi di Malaysia.
No comments:
Post a Comment