Tuesday, September 23, 2008

Antara program yang dianjurkan dan disertai oleh Puteri Ampang (Jul 2006 - Jun 2007

1 Mei 2007 - Jun 2007: Mengadakan Persidangan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan.

22 April 2007: Menganjurkan Sukan Rakyat untuk Remaja berumur 15 tahun ke atas pada bertempat di hadapan Rumah UMNO Bahagian Ampang, Bukit Badong, Ijok.

22 April 2007: Menganjurkan Sukan Rakyat bagi Kanak-Kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun pada bertempat di hadapan Rumah UMNO Bahagian Ampang, Bukit Badong, Ijok.

21 April 2007: Mengadakan Program ‘Jom Baca’ kepada Kanak- Kanak Tadika KEMAS dan Demontrasi Pemakaian Tudung’ kepada Kaum Ibu di Perpustakaan Desa, Bukit Badong, Ijok.

3 & 4 Februari 2007: Bersama-sama mengikuti Program Gotong-Royong Perdana anjuran Puteri UMNO Malaysia bagi mangsa banjir di Batu Pahat dan Ayer Hitam, Johor.

20 & 21 Januari 2007: Mengelolakan Program ‘Jom Baca’ anjuran Puteri UMNO Selangor bagi pengundi-pengundi Pilihanraya Batu Talam di kawasan Cheroh, Raub Pahang

9 - 10 Disember 2006: Terlibat di bahagian kaunter keahlian Puteri UMNO dalam Program Jom Fiesta anjuran Puteri UMNO Malaysia bertempat di Tasik Titiwangsa.

15 - 17 September 2006: Menganjurkan Kursus Kepimpinan Peringkat Puteri UMNO Cawangan-Cawangan bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepang di Kem Rama-Rama, Ayer Keroh, Melaka. Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Naib Ketua UMNO Malaysia merangkap Ketua Menteri Melaka.

27 Ogos 2006: Terlibat sebagai urusetia pentas di Majlis Malam Suara Puteri Merdeka anjuran Puteri UMNO Malaysia pada bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tetamu Terhormat, YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

19 Ogos 2006: Mengadakan Taklimat Pusat Khidmat Bantuan Guaman Syariah Ampang, bertempat di Dewan Wanita, Jalan Kempas Kampung Melayu Ampang. Pusat Khidmat ini ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM).

29 - 30 Julai 2006: Menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertempat di Tingkat 8, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah.

No comments: